Friday 17 November 2023

KEBURUKAN MINUM ARAK

 Pengambilan alkohol terutamanya secara meminumnya akan memberi kesan langsung ke atas sistem tubuh manusia. Health Services Brown University dalam artikel Alcohol and Your Body (2015) menyatakan sejurus mengambil minuman beralkohol, 20% daripada etanol akan diserap ke dalam sistem peredaran darah melalui perut. Jika perut kosong kadar penyerapan alkohol akan meningkat. Manakala 80% lagi akan diserap di dalam usus kecil. Bahan ini akan kekal di dalam darah sehingga ia dipecahkan kepada komponen kurang toksik oleh organ hati. Hati memainkan peranan yang sangat penting dengan memecahkan 98% daripada alkohol tersebut, manakala baki 2% akan disingkirkan melalui urin, udara hembusan atau peluh. Kebiasaannya, individu normal memerlukan masa selama satu jam untukmemproses setiap sepuluh gram alkohol yang diambil. Jika kadar pengambilan alkohol adalah lebih tinggi berbanding kadar pemprosesannya didalam tubuh, maka kadar alkohol dalam darah seseorang individu itu akan kekal meningkat dalam satu tempoh masa. 

        Di samping salur darah, organ-organ yang terlibat dalam penyerapan alkohol adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Alkohol (etanol) diuraikan oleh enzim di dalam sel hati yang dikenali sebagai alkohol dihidrogenase (ADH) yang berfungsi dalam penguraian alkohol kepada etanal (asetaldehid) sebelum ia diuraikan kepada asetat oleh enzim aldehid dihidrogenase (ALDH). Asetat kemudiannya akan dipecahkan kepada karbon dioksida, CO2 dan air sebelum dikumuhkan daripada badan. Walaubagaimanapun, bagi kes pengambilan alkohol secara berkala dan pada kuantiti yang tinggi, hati akan meningkatkan kadar metabolisme dengan menggunakan enzim beraktiviti tinggi (ß3-ADH) yang akan mengurangkan persekitaran sitosolik dalam sel hati, yang membuatkan hati terdedah terhadap sisa buangan seperti radikal bebas (Bosron et al 1993).

Rajah 2: Penyerapan etanol dalam sistem penghadaman tubuh manusia. 

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN

  NAMA:MUHAMMAD HARITHSS BIN SHAHRIL NO MATRIK: 04DEE21F1044 NAMA:ADLI HAQIMI BIN HANIZAN NO MATRIK: 04DEE21F1026 NAMA:HAIKAL AIZAT BIN HASS...