Friday 17 November 2023

KAJIAN SAINS TENTANG KENAPA ARAK DIHARAMKAN

 Alkohol telah digunakan dalam kehidupan manusia sejak ribuan tahun yang lampau. Menurut Douglas Harper (2010) melalui Online Etymology Dictionary, terdapat dua teori yang membincangkan asal-usul perkataan alkohol. Teori pertama menyatakan bahawa perkataan alkohol berasal daripada bahasa Arab iaitu alkuhul yang bermaksud serbuk halus antimoni sulfida, Sb2S3 yang digunakan sebagai antiseptik dan celak yang diperolehi daripada proses penyulingan. Teori ini dipopularkan oleh penulis-penulis Eropah pada abad ke-15, bersama-sama istilah ‘distillation’ atau penyulingan yang teknologinya dipelopori oleh saintis Islam. Walaubagaimanapun, asal-usul perkataan alkohol ini adalah diragui kerana perkataan al-khwl =الكحول berbeza maksud dengan perkataan al-kuhul. Teori yang kedua menyatakan perkataan alkohol berasal daripada perkataan al-ghawl yang bermaksud ‘spirit’ atau esen wain (Harper, 2010).

        Terdapat dua jenis alkohol yang memabukkan iaitu metanol, CH3OH dan etanol, C2H5OH. Metanol dihasilkan daripada kayu yang juga dikenali sebagai ‘wood alcohol’ manakala etanol dibuat daripada bijirin seperti beras, gandum dan barli, buah-buahan atau sayuran yang melalui proses fermentasi atau penapaian. Metanol juga terkandung di dalam arak tetapi hanya sedikit kerana pengambilan beberapa milliliter metanol sahaja sudah boleh menyebabkan loya, muntah-muntah dan kebutaan manakala meminum 30 mL metanol sudah cukup untuk mengakibatkan kematian kerana sifatnya sangat bertoksik (Atkins et al., 2013). Selain daripada metanol dan etanol, arak atau khamar juga mengandungi ester, asid, aldehid, keton dan sebagainya yang membentuk sifat-sifat rasa arak tersebut (Dzulkifli, 2010).

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN

  NAMA:MUHAMMAD HARITHSS BIN SHAHRIL NO MATRIK: 04DEE21F1044 NAMA:ADLI HAQIMI BIN HANIZAN NO MATRIK: 04DEE21F1026 NAMA:HAIKAL AIZAT BIN HASS...